Tuesday, December 28, 2010

ada apa dengan 555 dan mahathir?..


salam sejahtera...

Ada apa dengan 555?

Sebelum itu, entry ni sebenar aku dah tulis masa balik umah selepas bosan membuat kerja2 lab yang tak sudah2 and amat2 membosankan.hahahha...aku biasa lah kalau dah balik umah tu, tak tido,tengok tv, tak tengok tv, makan...huhuhuu…mendengar bebelan mak aku yang tercinta tu?..huhh!..perkara biasa je tu..tadah je lah telinga ni kalau mak dah start on “radio”…hahaha..

Hah!

Ada apa la dengan 555 tu ek?..sesapa yang biasa atau gile tengok tv siaran2 astro ni mesti dapat agak nya la..yes!..channel 555..HISTORY.

Entah kenapa bila tengok channel 555 ni, semangat nasionalisme aku melonjak-lonjak. Hahaha..takdek lah melonjak mana pun. Aku jadi suka ngan channel ni sebab channel ni selalu tayangkan rancangan2 yang menarik and berguna and siyesly menambahkan ilmu2 pengetahuan am aku tentang negara yang tercinta ini MALAYSIA..(betulkah?..hahha..)

Ok,,actually, aku paling suka bila channel ni tayangkan pasal MAHATHIR.siyesly aku amat2 teruja bila siaran ni bersiar. Tak kira lah berulang kali pun siarannya, aku tetap tengok. Asal tekan2 info kat remote control astro tu, and tengok ada MAHATHIR, aku sure akan tengok. Tapi, aku kan sangat2 jarang balik umah, so everytime balik umah, tgk tv and ada siaran biography MAHATHIR aku akan tengok. Coz aku sangat kagum dengan kepimpinan beliau memerintah negara. Sangat berpandangan jauh dan mementingkan kemajuan mas depan negara. Dan yang paling penting dia ni berusaha untuk memperbaiki dan memperkenalkan dasar ekonomi baru yang memastikan orang2 melayu sama taraf nya dengan orang2 cina and india yang mana pada suatu masa dahulu orang2 cina menguasai bidang perniagaan manakala orang2 india di bidang perladangan. Orang2 melayu hanya berada di kampung2 yang bekerja untuk sara diri sahaja. Dan banyak lagi la pembaharuan yang telah Mahathir lakukan sepanjang pemerintahan dia sebagai perdana menteri Malaysia selama 22 tahun.

Dan yang amat mengkagumkan aku juga, tun Mahathir ini telah menghadapi pelbagai masalah dan cabaran sebelum beliau menjadi perdana menteri ini. Dia jenis yang akan bersuara dengan lantang dan menyampaikan ketidakpuas hatiannya secara terus tanpa berselindung. Contoh nya lah kan, dia dengan selamba tulis surat pada tunku abdul rahman cakap yang dia tak puas ati ngan cara pemerintahan tunku and soh tunku letak jawatan perdana menteri tu..perghh ai. Selamba badak je. Pastu apa lagi, tun Mahathir kene pecat dari jawatan dia dalam cabinet. Tapi after tu tunku letak jawatan and tun abdul razak pulak take over jadi PM. Masa tu, tun abdul razak panggil semula Mahathir terus jadi menteri pelajaran. Gila hebat. Tun razak meninggal, tun hussien on ganti then MAHATHIR pulak jadik PM..

Sesungguhnya aku sangat2 mengkagumi Mahathir..he is my idol~..




but, the thing is, can i be like HIM??..Tun mahathir!..my dream is to meet him face to face and talk with him..can i??..huhuhuu..maybe, one day~..

till then..

adiioosss!!!...

No comments:

Post a Comment